SOALAN-SOALAN LAZIM

08:33 |

Apa itu otak tengah (‘mesencephalon’) dan apakah tujuan mengaktifkan otak tengah?Otak tengah merupakan jambatan untuk menghubungkan dan menyeimbangkan fungsi otak kiri dan otak kanan. Pengaktifannya memungkinkan kedua-dua otak kiri dan kanan berfungsi secara normal dan optima. Ianya dapat mengembalikan kekuatan otak tengah kepada keadaan semulajadi.
mygeniusgeneration@gmail.com


Apakah tujuan penutupan mata dengan kain semasa proses stimulasi?Dapat melihat ketika mata ditutup merupakan fenomena bagi mereka yang otak tengahnya telah diaktifkan. Oleh kerana “Blind Fold Reading” (BFR) adalah cara untuk membuktikan kepada ibubapa bahawa otak tengah telah diaktifkan.

Bagaimana program ini dilaksanakan?Program ini telah mendapat ujian secara klinikal dan tidak sama sekali menggunakan kuasa ajaib, meditasi dan hypnosis di dalam kelas. Program murni pendidikan secara neutral.  Anak-anak harus bekerjasama untuk memperolehi manafaat darinya.

Adakah ibubapa dibenarkan berada bersama anak-anak semasa program dijalankan?Anak-anak perlu memberikan konsentrasi dan perhatian penuh sewaktu program berjalan.  Oleh itu, ibubapa dinasihatkan tidak berada di sisi anak-anak bagi mengurangkan gangguan dan konsentrasi terhadap anak-anak. Ibubapa hanya perlu hadiri sesi untuk ibubapa di hari kedua untuk cara-cara pemantauan anak-anak setelah pengaktifan dilakukan.

Apakah manfaat mengikuti kaedah “ Blind Fold Reading”Sebahagian besar anak-anak mengalami peningkatan dalam ingatan, konsentrasi kreativiti, persepsi dan keseimbangan emosi. Ketika mereka membesar, hormonnya akan seimbang dan memiliki kesihatan yang baik.

Apakah peranan ibubapa dalam BFR?Ibubapa harus mengarahkan dan mendorong anak-anak mereka untuk latihan selama 10-15 minit setiap hari. Mereka harus positif, mendorong dan melakukan latihan untuk waktu yang menyenangkan bersama. Kebahagiaan merupakan kunci untuk pengaktifan otak tengah. Ini penting untuk dicatat bahawa anak=anak mereka telah menjalani latihan sebelum belajar. Latian BFR akan enjadi kegiatan sepanjang hidup sebab ini jalan menuju genius.

Apakah otak tengah tertutup setelah kegiatan?Untuk mencegah agar otak tengah tidak tertutup, anak-anak memerlukan latihan 10 - 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Paling baik latihan setiap hari, seperti persiapan latihan sebelum belajar. Bahkan ketika mereka menyambung belajar ke universiti, mereka perlu melakukan hal yang sama. Ini tugas sepanjang hidup untuk melatih otak tengah agar ianya sentiasa aktif.

Mengapa otak tengah dapat tertutup?Kerana tekanan dan kesedihan. Kesedihan merosakkan otak; sedangkan masa gembira membuka otak. Bila belum memasuki dominasi otak tengah,setelah diaktifkan dapat tertutup kembali. Sehingga memerlukan latihan yang sering untuk memasuki keadaan terdominasi oleh otak tengah.

Apakah interbrain setiap anak dapat diaktifkan?Berdasarkan catatan pelajaran, otak tengah pada sekitar 70%-80% anak pada pelajaran pertama dapat berjaya diaktifkan. Asalkan anak tersebut memiliki jiwa yang sihat dan bersedia bekerjasama, dengan usia antara 5-15 tahun, otak tengah dapat diaktifkan.  Halangan dalam mengaktifkan otak tengah antara lain adalah tekanan, ketakutan, kurang percaya diri curiga, tidak mahu menerima, berfikir yang bukan-bukan dan sebagainya.

Apakah manafaat dari pengaktifan otak tengah?
Setelah otak tengah diaktifkan, anak-anak lebih mudah untuk mengoptimakan penggunaan otak kiri dan kanan. Kemudahan ini mampu mempercepatkan cara pembelajaran mereka – membaca, mengira dan menghafal, dalam tempoh yang singkat, tepat, dan cepat. Ini meningkatkan lagi daya konsentrasi, kefahaman dan keyakinan mereka dalam proses pendidikan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian :
Tel : 019-211 1150 / 019-211 1140 / 019-222 3222
Email :

0 comments:

Post a Comment