PENGENALAN PROGRAM B.O.S.S.

08:27 |

PENGENALAN

MyGenius Generation Consultant (My2G) adalah sebuah syarikat yang menjalankan Program Pembangunan Otak Kanak-Kanak Genius & Keharmonian Institusi Keluarga menerusi Program B.O.S.S (‘BRAIN OPTIMALISATION & STIMULATION SYSTEM’). Program ini didukung oleh Pn Habibah Othman, beroperasi di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Penglibatan My2G dalam Program Pembangunan Otak & Minda Kanak-Kanak ini berada di landasan yang sangat tepat kerana kita kini didalam ERA KECERDASAN - “The Age Of Intelligence”.

 

Salah satu pelaburan yang tidak pernah RUGI adalah pelaburan dalam BIDANG KECERDASAN MINDA, di mana ianya boleh menghasilkan masyarakat yang lebih kreatif. Dengan mengetahui teknik dan menerapkan formula yang tepat, kita mampu melepaskan kekangan kapasiti dan potensi otak.

mygeniusgeneration@gmail.com
APA ITU B.O.S.S?
B.O.S.S ialah Program Pengaktifan Otak Tengah - Deria Ke-6 (‘MID BRAIN ACTIVATION’).  Otak manusia seumpama sebuah superbiokomputer yang sangat hebat dan luar biasa kemampuannya. Melalui program ini, ia mampu meningkatkan DAYA KOSENTRASI dan DAYA FOKUS yang sangat luar biasa. Dengan pengaktifan OTAK TENGAH tersebut ia dapat menjadi penghubung antara otak kiri dan otak kanan malah sekaligus menyeimbangkan pengunaan kedua-dua otak secara optima.
Program ini mampu melahirkan generasi genius dalam semua aspek baik dari segi akademik mahupun kehidupan harian mereka. Menerusi kaedah yang kami sampaikan ini mampu memberikan kesan yang sangat menakjubkan untuk anak-anak, ibubapa dan masyarakat sejagat. Kami ingin melahirkan generasi sekarang dan yang akan datang kaya dengan kreativiti dan idea-idea yang luar biasa daripada orang kebiasaan.

OBJEKTIF & MATLAMAT
  • Mewujudkan institusi keluarga yang harmoni dan keakraban antara ibubapa dan anak-anak.
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang dan hormat antara satu sama lain.
  • Mampu membina generasi yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan berinovasi.
  • Mampu mengatasi masalah kognitif (‘Knowing, Learning & Understand’)
HALANGAN & CABARAN
Tekanan perasaan, ketakutan, kesedihan, kurang keyakinan diri, curiga dan unsur–unsur negatif adalah penyumbang utama kepada kegagalan pengaktifan otak.  Sokongan ibubapa mahupun penjaga dalam membuat latihan mengikut jadual yang dianjurkan oleh My2G selama sebulan secara berterusan, akan memberikan impak yang lebih hebat terhadap kejayaan anak-anak. Rumahtangga yang harmoni penuh rasa hormat merangsang aura positif, merupakan penyumbang terbesar otak tengah berfungsi.
KEISTIMEWAAN

Anak-anak yang telah menghadiri Bengkel Pengaktifan Otak Tengah mampu untuk;
  • Meningkatkan daya ingatan dan memori
  • Meningkatkan kecerdasan, daya konsentrasi dan daya fokus
  • Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi
  • Menyeimbangkan hormon, bersifat lebih penyayang dan prihatin
  • Memiliki keyakinan diri yang tinggi dan percaya kepada kebolehan diri
MANFAAT
Anak-anak ini juga mendapat manafaat seperti;
  • Menyeimbangi fungsi otak kiri dan kanan
  • Meningkatkan konsentrasi
  • Meningkatkan daya kreatif
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan daya kefahaman
  • Menjadi lebih baik
  • Mengembangkan bakat
  • Menyeimbangkan hormon
  • Menstabilkan emosi
  • Bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat
KAEDAH PENYAMPAIAN
  • Audio terapi
  • Motivasi dan pengembangan diri
  • Latihan senam otak
  • Latihan meningkatkan memori
  • Kaedah membaca mata tertutup
  • Permainan
  • Emosi dan spiritual
KESIMPULAN
Menerusi Program B.O.S.S ini diharapkan mampu melahirkan generasi cerdik pandai seperti yang disebut sebagai ‘ULUL ALBAB’ yang berpotensi mencapai wawasan negara. Kami yakin dengan perkongsian maklumat yang sangat hebat ini dapat merealisasikan impian ibubapa yang inginkan anak-anak yang genius dalam akademik serta bijaksana dalam merancang masa depan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian :
Tel : 019-211 1150 / 019-211 1140 / 019-222 3222 / 019-222 1220
Email :

0 comments:

Post a Comment