Terdapat empat jenis gelombang otak

20:36 |

    
1.  Gelombang BETA
·         Mempunyai frekuensi 14-100Hz.
·         Frekuensi tersebut terjadi apabila pada saat  seseorang dalam keadaan terjaga dan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini seseorang lebih dominan menggunakan kerja otak kiri untuk berfikir, menumpukan perhatian dan sebagainya.
·         Akibatnya otak menghasilkan hormon Cortisol dan Norephineprine dimana hormone ini boleh menyebabkan stress, cemas, khuatir, dan mudah  marah.

2.  Gelombang ALFA

·         Mempunyai frekuensi 8-13,9 Hz.
·         Pada frekuensi ini seseorang yang sedang rileks, melamun, berkhayal, atau pada saat mulai rehat dengan tanda-tanda mata mulai tertutup atau mulai mengantuk.
·         Anda menghasilkan gelombang alfa ketika hendak tidur, ia berlaku semasa peralihan antara sedar dan tidak sedar.
·         Pada keadaan alfa inilah merupakan jalan terbukanya fikiran tanpa sedar (subsconcious mind) di mana pada keadaan ini banyak dimanfaatkan oleh pengamal hipnosis untuk mula memberikan saranan kepada pesakitnya.
·         Pada keadaan ini otak menghasilkan hormon Serotonin dan Endorphine yang menyebabkan seseorang merasa tenang, selesa, bahagia, pembuluh darah terbuka lebar, degup jantung stabil. Selain itu hormon Endorphine juga bermanfaat untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya ingat.

3.  Gelombang THETA

·         Mempunyai frekuensi 4-7,9 Hz.
·         Pada frekuensi ini seseorang berada pada keadaan bermimpi atau mengantuk. Sesetengah orang menghasilkan gelombang ini apabila tidak sedar, terhipnotis, meditasi dalam, berdoa, atau menjalani ritual agama dengan khusyuk '. Orang yang mampu mengalirkan tenaga chi prana, atau tenaga dalam, juga menghasilkan gelombang theta pada saat mereka sedang melakukan latihan atau menyalurkan tenaganya kepada orang lain.
·         Otak akan menghasilkan hormon Melatonin, Catecholamine, dan Arginine-Vesopressine (AVP) yang bermanfaat untuk mengatasi stress, kecemasan, meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi, serta menimbulkan ketenangan pada seseorang. Banyak fenomena yang terjadi dengan gelombang otak theta ini. Seseorang  ahli ibadah mempunyai perasaan dekat dengan Tuhan juga memasuki dan menghadapi fasa gelombang theta. Seseorang yang mampu menghasilkan frekuensi ini memiliki kemampuan supranatural seperti ESP (Extra Sensory Perception), telepati, indra keenam, dan fenomena psikologi lain.

4.  Gelombang DELTA
·         Mempunyai frekuensi 0,5-3,9 Hz. Ini adalah frekuensi paling rendah di mana pada keadaan frekuensi ini seseorang tertidur pulas tanpa bermimpi, tidak sedar, tidak berfikir dan tidak merasakan apa-apa.
·          Fasa delta adalah Fasa rehat bagi tubuh dan fikiran. Pada fasa ini pula otak menghasilkan Human Growth Hormone (HGH) yang berguna untuk proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan sel dan jaringan, dan aktif menghasilkan sel-sel baru saat anda tertidur lelap. Selain itu hormon tersebut sangat berguna untuk proses pertumbuhan.
·         Berdasarkan fakta di atas, para saintis telah mencipta teknologi yang dapat meningkatkan potensi otak manusia dengan cara meresonansi dan menstimulasi otak agar bekerja pada frekuensi tertentu sesuai dengan tujuan yang diingini, misalnya, untuk meningkatkan kemampuan berfikir, meningkatkan daya ingat, menghilangkan stress, meditasi, aktiviti-aktiviti supranatural, mengubati atau meningkatkan kesihatan bagi mereka yang menderita penyakit tertentu, mengatasi susah tidur, dan sebagainya. Sehingga mampu mengubah keadaan mental dan fizikal seseorang.



0 comments:

Post a Comment