Otak dan minda

01:14 |

Struktur dan Fungsi Otak
Dalam Kamus Dewan,Otak ditakrifkan sebagai organ dibahagian atas kepala yang mengawal pemikiran/perasaan. Telah dibuktikan bahawa kerja merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti otak manusia adalah sukar. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang  utama iaitu serebrum,medula oblongata dan serebelum.



                                                                        




MEDULA OBLONGATA

Struktur

·    Terletak dibawah serebrum
·    Merupakan pangkal saraf tunjang yang bengkak
·    Bahagian luar jirim putih dan bahagian dalam jirim kelabu

Fungsi

·    Mengawal tindakkan luar kawal/tindakan automatik
·    Pusat berkait dengan tindakan pantulan















SEREBRUM

Struktur

·    Bahagian paling besar mempunyai dua hemisfera.
·     Lapisan luar (korteks) jirim kelabu,lapisan dalam jirim putih.
·    Permukaan berlipat untuk tambah luas permukaan.

Fungsi

·    Mengawal tindakan kawal
·    Pusat aktiviti mental
·    Pusat untuk deria-deria
·    Mengawal tingkah laku dan emosi.




SEREBELUM

Struktur

·    Terletak di bawah serebrum
·    Mempunyai banyak lipatan
·    Ada dua bahagian iaitu luar dan dalam

Fungsi

·    Penyelarasan pergerakan otot
·    Mengawal keseimbangan badan.

                       







         TINDAKAN TERKAWAL

            TINDAKAN LUAR KAWAL

Tindakan disedari


Tindakan tanpa disedari

Gerak balas berlaku mengikut kehendak kita


Gerak balas berlaku tanpa kehendak kita

Kadar gerak balas boleh dipercepatkan atau diperlahankan


Gerak balas cepat dan sacara automatik

Gerak balas berlaku di dalam otot rangka atau otot berjalur.
Cth: Otot bisep dan trisep pada tangan

Gerak balas berlaku di otot licin atau otot tidak berjalur
Cth: Otot licin pada dinding salur pencernaan

Contoh tindakan:
a)   Kawalan otot-otot anggota badan untuk pergerakan badan
-melompat,berlari
b)    Membaca buku
c)    Menyelesaikan masalah


Contoh tindakan:
a)      Peristalsis
b)      Denyutan jantung
c)       Respirasi

0 comments:

Post a Comment