Slide 1 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 2 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 3 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 4 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 5 Title Here

Your Description Here..................................

BAHAGIAN OTAK MANUSIA

01:32 |


Bandingkan fungsi dan kawalan otak kiri dan kanan
OTAK KIRI

OTAK KANAN
Bahasa 
Bentuk
Nombor 
Imaginasi
Fakta/Logik
Manipulasi
Urutan/Linear    
Global
Analisa
Ritma/rentak
Lirik 
Penerokaan idea
Bukti  
Subjektif
Objektif
Tersirat
Tersurat
Kecenderungan global
Kecenderungan analitik


Otak kanan lebih cenderung pemikiran kreatif manakala Otak kiri berbentuk kritis.
 Pemikiran Analitikal                                                 
·         Suka belajar sendiri atau di bawah           
Pengawasan orang dewasa/pakar
·         Suka belajar dalam cahaya terang
·         Suka makan selepas selesai kerja
·         Suka kedudukan belajar formal
·         Suka melakukan kerja satu per satu

Pemikiran Global
·         Suka belajar bersama rakan sebaya
·         Suka belajar dalam cahaya samar
·         Suka makan semasa kerja
·         Suka kedudukan belajar tidak formal
·         Suka melakukan beberapa kerja serentak
·         Suka belajar dalam keadaan bising


Read More

Otak dan minda

01:14 |

Struktur dan Fungsi Otak
Dalam Kamus Dewan,Otak ditakrifkan sebagai organ dibahagian atas kepala yang mengawal pemikiran/perasaan. Telah dibuktikan bahawa kerja merekacipta sebuah komputer yang mempunyai keupayaan seperti otak manusia adalah sukar. Berbilion-bilion sel saraf terbentuk di dalam otak manusia yang menjalankan pelbagai kerja. Otak manusia dibahagikan kepada 3 bahagian yang  utama iaitu serebrum,medula oblongata dan serebelum.



                                                                        




MEDULA OBLONGATA

Struktur

·    Terletak dibawah serebrum
·    Merupakan pangkal saraf tunjang yang bengkak
·    Bahagian luar jirim putih dan bahagian dalam jirim kelabu

Fungsi

·    Mengawal tindakkan luar kawal/tindakan automatik
·    Pusat berkait dengan tindakan pantulan















SEREBRUM

Struktur

·    Bahagian paling besar mempunyai dua hemisfera.
·     Lapisan luar (korteks) jirim kelabu,lapisan dalam jirim putih.
·    Permukaan berlipat untuk tambah luas permukaan.

Fungsi

·    Mengawal tindakan kawal
·    Pusat aktiviti mental
·    Pusat untuk deria-deria
·    Mengawal tingkah laku dan emosi.




SEREBELUM

Struktur

·    Terletak di bawah serebrum
·    Mempunyai banyak lipatan
·    Ada dua bahagian iaitu luar dan dalam

Fungsi

·    Penyelarasan pergerakan otot
·    Mengawal keseimbangan badan.

                       







         TINDAKAN TERKAWAL

            TINDAKAN LUAR KAWAL

Tindakan disedari


Tindakan tanpa disedari

Gerak balas berlaku mengikut kehendak kita


Gerak balas berlaku tanpa kehendak kita

Kadar gerak balas boleh dipercepatkan atau diperlahankan


Gerak balas cepat dan sacara automatik

Gerak balas berlaku di dalam otot rangka atau otot berjalur.
Cth: Otot bisep dan trisep pada tangan

Gerak balas berlaku di otot licin atau otot tidak berjalur
Cth: Otot licin pada dinding salur pencernaan

Contoh tindakan:
a)   Kawalan otot-otot anggota badan untuk pergerakan badan
-melompat,berlari
b)    Membaca buku
c)    Menyelesaikan masalah


Contoh tindakan:
a)      Peristalsis
b)      Denyutan jantung
c)       Respirasi

Read More

Terdapat empat jenis gelombang otak

20:36 |

    
1.  Gelombang BETA
·         Mempunyai frekuensi 14-100Hz.
·         Frekuensi tersebut terjadi apabila pada saat  seseorang dalam keadaan terjaga dan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini seseorang lebih dominan menggunakan kerja otak kiri untuk berfikir, menumpukan perhatian dan sebagainya.
·         Akibatnya otak menghasilkan hormon Cortisol dan Norephineprine dimana hormone ini boleh menyebabkan stress, cemas, khuatir, dan mudah  marah.

2.  Gelombang ALFA

·         Mempunyai frekuensi 8-13,9 Hz.
·         Pada frekuensi ini seseorang yang sedang rileks, melamun, berkhayal, atau pada saat mulai rehat dengan tanda-tanda mata mulai tertutup atau mulai mengantuk.
·         Anda menghasilkan gelombang alfa ketika hendak tidur, ia berlaku semasa peralihan antara sedar dan tidak sedar.
·         Pada keadaan alfa inilah merupakan jalan terbukanya fikiran tanpa sedar (subsconcious mind) di mana pada keadaan ini banyak dimanfaatkan oleh pengamal hipnosis untuk mula memberikan saranan kepada pesakitnya.
·         Pada keadaan ini otak menghasilkan hormon Serotonin dan Endorphine yang menyebabkan seseorang merasa tenang, selesa, bahagia, pembuluh darah terbuka lebar, degup jantung stabil. Selain itu hormon Endorphine juga bermanfaat untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya ingat.

3.  Gelombang THETA

·         Mempunyai frekuensi 4-7,9 Hz.
·         Pada frekuensi ini seseorang berada pada keadaan bermimpi atau mengantuk. Sesetengah orang menghasilkan gelombang ini apabila tidak sedar, terhipnotis, meditasi dalam, berdoa, atau menjalani ritual agama dengan khusyuk '. Orang yang mampu mengalirkan tenaga chi prana, atau tenaga dalam, juga menghasilkan gelombang theta pada saat mereka sedang melakukan latihan atau menyalurkan tenaganya kepada orang lain.
·         Otak akan menghasilkan hormon Melatonin, Catecholamine, dan Arginine-Vesopressine (AVP) yang bermanfaat untuk mengatasi stress, kecemasan, meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi, serta menimbulkan ketenangan pada seseorang. Banyak fenomena yang terjadi dengan gelombang otak theta ini. Seseorang  ahli ibadah mempunyai perasaan dekat dengan Tuhan juga memasuki dan menghadapi fasa gelombang theta. Seseorang yang mampu menghasilkan frekuensi ini memiliki kemampuan supranatural seperti ESP (Extra Sensory Perception), telepati, indra keenam, dan fenomena psikologi lain.

4.  Gelombang DELTA
·         Mempunyai frekuensi 0,5-3,9 Hz. Ini adalah frekuensi paling rendah di mana pada keadaan frekuensi ini seseorang tertidur pulas tanpa bermimpi, tidak sedar, tidak berfikir dan tidak merasakan apa-apa.
·          Fasa delta adalah Fasa rehat bagi tubuh dan fikiran. Pada fasa ini pula otak menghasilkan Human Growth Hormone (HGH) yang berguna untuk proses penyembuhan diri, memperbaiki kerosakan sel dan jaringan, dan aktif menghasilkan sel-sel baru saat anda tertidur lelap. Selain itu hormon tersebut sangat berguna untuk proses pertumbuhan.
·         Berdasarkan fakta di atas, para saintis telah mencipta teknologi yang dapat meningkatkan potensi otak manusia dengan cara meresonansi dan menstimulasi otak agar bekerja pada frekuensi tertentu sesuai dengan tujuan yang diingini, misalnya, untuk meningkatkan kemampuan berfikir, meningkatkan daya ingat, menghilangkan stress, meditasi, aktiviti-aktiviti supranatural, mengubati atau meningkatkan kesihatan bagi mereka yang menderita penyakit tertentu, mengatasi susah tidur, dan sebagainya. Sehingga mampu mengubah keadaan mental dan fizikal seseorang.



Read More

Kehebatan Otak ciptaan ALLAH.

00:39 |

     Tanpa kita sedari otak manusia mempunyai kemampuan yang sangat dahsyat! lebih dasyat daripada komputer yang kita guna untuk menyimpan data.

Antara kehebatan otak manusia ialah:
  • Berat Otak 2% dari berat badan dan memerlukan oksigen 25% dari berat badan manusia.
  • Mempunyai lebih dari 30 Million Neuron atau saraf.
  • Mampu menyimpan memori 30 hingga 70 trilliun giga.
  • Mampu mencetuskan aliran elektrik.
  • Memiliki kemampuan 10.000x lebih dari kemampuan komputer.
  • 70 hingga 100 trilliun pola fikir yang tak terhingga yang setara dengan 500 ensiklopedia.
Read More

Download sekarang Musik Senam Otak!!!!

23:53 |

Hanya dengan klik link dibawah dan kemudian klik download...


http://www.4shared.com/audio/27pznpdP/Park_Jung_Min__Not_Alone___Ins.html
Read More