Slide 1 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 2 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 3 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 4 Title Here

Your Description Here..................................

Slide 5 Title Here

Your Description Here..................................

Perbezaan Fungsi Otak Kanan dan Fungsi Otak Kiri Manusia

00:30 |

Otak tengah adalah jambatan yang menghubungkan serta mengimbangkan otak kiri dan kanan. Otak tengah mampu diaktifkan sehingga ketahap maksimum.Berdasarkan penjelasan para ahli, setelah otak tengah diaktifkan, otak tengah akan dapat mengeluarkan gelombang otak untuk merasakan dan bereaksi terhadap benda-benda di sekeliling manusia. Dapat dikatakan juga bahawa dengan menutup mata, masih dapat mengenalpasti benda-benda, huruf, warna dan sebagainya. Jadi, dengan pelajaran serta latihan selama 2hari ia akan dapat membantu anak “melihat” dengan menutup mata.
Secara umumnya, setelah otak tengah diaktifkan,ia mampu meningkatkan daya ingatan dan kreativiti , gerakan kinetik juga menjadi lebih baik, hormon menjadi seimbang, serta menstabilkan emosi dan sebagainya. Pengaktifan otak tengah ini sangat jelas terbukti hasilnya bagi anak yang hiperaktif mahupun anak-anak yang mempunyai daya ingatan yang lemah dari segi pembelajaran.

Dalam dunia perubatan pada zaman dahulu para pengkaji perubatan menganggap perbezaan antara otak kanan dan otak kiri tidak banyak bezanya. Namun,pada masa kini kelebihan otak kanan dan otak kiri bukan sahaja diperakui oleh para pengkaji perubatan,malahan menjadi cabang pendidikan.

Fungsi otak kiri adalah untuk berfikiran secara logik, analisa, kemampuan berbahas dan mengira.Otak kiri juga bertanggungjawab terhadap (IQ) seseorang. Seseorang yang dominannya kepada otak kiri lebih bersikap egois , mementingkan diri sendiri, mudah iri hati, sombong dan sebagainya.

Fungsi otak kanan bertanggung jawab dalam emosi, daya intuisi, daya kreativiti, kesenian, kemampuan refleksi, daya ingatan, keperibadian dan sebagainya. Ia bertanggungjawab terhadap emosi (EQ). Seseorang yang dominannya lebih kepada otak kanan lebih bersikap sensitif.
Read More